0

Dah terbiasa Berpisah...

Saturday, December 12

www.tips-fb.com

Written by Muhafis
Kalau ada yang pernah ingat, aku pernah cerita yang aku hadiri kursus 'EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAM' EDP utk batch yang ke-5. Dan semalam adalah hari yang terakhir aku kat sini sebelum berehat sajasaja kat rumah. Program ini dibawah kementerian sumber Manusia, dan yang bestnya. 100% Kerajaan Tanggung daripada Yuran Sampai lah Penginapan nya Elaun pun dapat lah RM500 sebulan.
Sebenarnya bukan itu yang aku nak celoteh, cuma nak kongsi Pengalaman yang boleh dikategorikan bagus lah utk Motivasi Diri dan persediaan hari mendatang. Sebab kalau nak masuk Training pun bayaran lebih kurang RM2000 sebulan. tapi aku dapat semua nya FREE. Jadi memang beruntung lah, dgr tahun depan dah tak ada, sebab peruntukan oleh kerajaan dah habis utk program Latihan & Penempatan macam ni.

Kenangan yg seronok untuk dikongsi:

1) Aku dah pandai anyam ketupat. hehe
2) Ilmu banyak dapat, terutamanya cara setup business dari cikgu Yati, Cikgu Rosnah, Mr Low. TQVM
3) Ramai kawan dgn org Tua, mungkin mematangkan keadaan.
4) Belajar mengurus Duit
5) dapat tahu rahsia tarikh lahir dari Trainer secara percuma
6) dapat habiskan jual Pad Herba, masyuk siut.
7) Belajar subjek Finance dgn Mr Low. ( baru tahu Finance best ek)
8) Dapat jalanjalan kat UTM. Menyesal dulu tak pilih UTM sebab UTM sangat best.
9) Lunch makan Ayam penyek black Pepper. (masakan Indonesia)
10) Kerja Part Time kat Jusco. Best selalu dpt tip. Member pun ramai.

dan sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dari program ini. tak dapat nak taip.
Korang semua boleh tengok update2 dari kawankawan aku kat blog EDP05 yang mereka janji akan update secepat mungkin.

inilah Ayam Penyek Black Pepper
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai

Selalu pergi masjid ni bila sembahyang Jumaat. Shemart sangat masjid ni, bagi sebuah universiti. (perasaan jakun) . Kalau ada rezeki nak kerja kat UTM. Minah arab pun ramai.

Tingkap bilik Hostel aku. -Tiada kene mengena dengan cerita diatas

Tribute to: Puan Rosnah, Puan yati, Mr Low. kak Tinis, Firza, Radi, Eehan, Ina, kak Esah, Pacat, Kak Shim, Fariq, Letchumy, Zaida, kak Fizah. Liza, abg Zali, Zila, Sayyid, abg Lan, abg Azmi, Nadir, Fezul, & Fairol

Trimas daun keladi, Ada rezeki jumpa lagi.

Tekan Like , Okie : )

0 Responses to "Dah terbiasa Berpisah..."

Related Posts with Thumbnails