2

Oh Lailatulqadar..

Sunday, September 21

www.tips-fb.com

Semasa post ini ditulis, ak lagi di CC.. Kenapa arini UiTM Segamat x ader letrik.. ak x taw, dan x mau tahu.. Panas sungguh....Photobucket Oh ya! dlm sibuk2 ak wusyah forum, ak terbaca suatu kisah yg agak shengal.. Hahah!Photobucket

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid.

Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?

"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu
dorg angkat letak kat tanah..*****, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.

Terima sahajalah.

Jangan melawan.Photobucket

Moral of the story, rajin2 lah menghidupkan masjid, lagi2 10 malam terakhir ini..Photobucket

Sdikit info oleh Mohd Shah Abdul Kadir:

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan,Al Qurab dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulallah s.a.w,diantaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau Mengerti apa itu Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga lebih fajar”.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar:

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

“Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu”.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

“Biasanya Rasulullah S.A.W. berusaha dengan bersungguh- sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain”.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan”.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21,23,25,27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang menyatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan seoran sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itu sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Oleh itu, sama2 lah kite memperbanyakkan ibadah di bulan yg mulia ini, bulan keampunan.. dan jgn lah sesekali kite menjadi hamba bln Ramadhan, giatkan lah amalan kite kini, & seterusnya. Semoga sama2 mendapat barakah.. Amieen.



Create your own FREE music playlist for your profile!

Tekan Like , Okie : )

2 Responses to "Oh Lailatulqadar.."

Samdaddycool Says:

Very good info shared... tak ramai yang menghayati 10 malam terakhir dengan beramal di masjid-masjid, berbanding lagi ramai di bazaar / expo ramadhan dan shopping complex

Muhafis Says:

yer sam.. biaselah,
lailatulqadar nie untuk org yg bertuah aje, walau mcm mane pun kner la kite mencari malam yg mempunyai 1001 fadhilat nie.. bkn sllu, setaun sekali.. ak pun, mintak2 x hanyut dah nak akhir2 ramadhan nie..

Related Posts with Thumbnails