1 Komentar

Fortune Cookie - Antara Realiti dan Fantasi

Sunday, October 3

www.tips-fb.com



Salaam. Howdy kawan-Kawan.

Bertemu kita sekali lagi dalam sesi "Bagaimana Menggaul Kuah kari menggunakan Ibu Jari kaki!" he he, dan semesti nya takkan?

Rasanya sudah agak lama Muhafis tidak menconteng di Blog sendiri. Ya! Itu lagi afdal rasanya daripada menconteng arang ke Muka makcik sendiri.
Ish3, macam mana ghupo nye tu kan.

Tiada Tips Tarikh Lahir, Minda Jutawan, Rahsia Jutawan Senyap, atau apapun yg bersangkut paut dengannya utk Muhafis kongsikan, biarlah mereka yang layak sahaja menerangkan dgn lebih lanjut - Kang kalau Muhafis yg take Over mana diorang nak cari makan kan??? hee hee!

Eh! Muhafis ade jumpa sesuatu ni.. Boleh laa jika nak katakan ianya BARU dalam hidup seorang Mamat Kampung yg kesepian ni,
Waduh3! kalau akak Indon kat Taman U dengar nie, Sumpah, meleleh air mata. Back to the point. Ramai di antara kita yg mendapat tempias penggunaan FaceBook. ya Facebook! ingat lagi macam mana Nor Azita Osman, kakak yg mencemuh negeri Johor adalah hina disebab kan tiada dijual Biskut Famous Amos, dan kes Namewee yang menghina agama Islam.
Kita tutup buku sekejap, apa yg Muhafis nak kongsi kat sini, satu aplikasi yang menarik sey kat FaceBook! Ianya tentulah - Fortune Cookie!

Fortune Cookie ini mempunyai sejarah yang tersendiri, Boleh baca kat SINI. Pada mulanya ia di cipta dari seorang Imigran dari China, David Jung, dia terlihat ramai pengemis tidur berhampiran kedainya, dan tau ape yg cuba dia buat? David ni mencipta Cookie dan di dalamnya terdapat Cebisan Kertas kata-kata semangat! So Sheewit kan? Bertuah amat lah kalau zaman skrg ni ada yang sense of belonging macam tu! hak hak

Benda ni tak sama dengan Zodiak, tapi konsep lebih kurang lah, memang kita sebagai Muslim tak boleh percaya,
tapi Motivitional Quote pada hari2 tertentu kebetulan sama dengan ape yg Muhafis lalui sendiri. Contohnyaa...

The sensitivity you show towards others will return to you.
I read my daily fortune cookie!
Lucky Numbers:1 18 47 32

(Fortune Cookie ni sampai 25hb 9 lepas daripada Muhafis jumpe karaoke dgn member2 lama kat Teluk Danga pd malam sebelumnya, Walhal haritu demam selsema kott, Keajaiban berlaku bila baik demam terus, ha ha ha)

Place special emphasis on old friendship.
I read my daily fortune cookie!
Lucky Numbers:19 16 89 86

(Fortune Cookie ni sampai pd 28hb 9 sebelum Muhafis tengah ragu2 nak pergi konvo kawan-kawan lama time kat MRSM Pontian dulu! at last daku pergi jugak, and Best mey dapat jumpa itu budak-budak, Shaggy, Anyss, Zaryn, Napi, 5 taun kott tak jumpa, syahdu gile muah muah!
ha ha ha )

Sekarang ni Muhafis penat nak membebel panjang-panjang nanti korang semua bosan, Apekata korang semua try saje Apps nie, Pergi kat application Fortune Cookie, Go To Application, Lihat Quote yg mengena utk anda harini, dan tunggu besok die sampai lagi di Wall anda, jeng jeng jeng! ha ha Cuak an denga. (>.<)


P/S: Muhafis masih amalkan TEKNIK LOA dalam kehidupan seharian, Alhamdulillah berhasil! Wassalam..


Tekan Like , Okie : )

1 Responses:

Iena Eliena Says:

salam..
singgah follow sini :)
jom follow cik iena jugak(^_~)
www.ienaeliena.com

Related Posts with Thumbnails